Sunday, 12 May 2019

Apa perlu dibuat jika terlibat dengan kemalangan jalan raya?

Entry kali ni tentang apa yang perlu dibuat sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Saya terpanggil untuk tulis sebab saya pun dah kena.

Ceritanya begini, pada hari kejadian, saya ikut lorong kiri(jalan tu dua lorong sehala).  Tiba-tiba ada satu kereta proton Inspira dari lorong kanan masuk ke laluan saya dan bamm!! Berpusing ke kiri sekejap kereta saya tu. Dilanggar pada bahagian tepi kanan hadapan dekat enjin. Kalau bahagian pintu pemandu naya juga tu. Teruk juga kerosakan kereta saya. Pemandu Proton Inspira tersebut keluar sahaja terus nak bawa brtekak. Saya pun terikut brtekak sekali. Dahlh masih mamai sebab terkejut. Last2, tunggu polis trafik datang. Dalam 10 minit, datanglh seorang polis trafik brpangkat sarjan. Dia buat siasatan di tempat kejadian dan minta butir-butir IC dan lesen saya dan pemandu seorang lagi tu.  Kemudian dia suruh datang balai polis buat laporan bawa kad perakuan pendaftaran kenderaan dan polisi insuran. Lepas tu seorang longkai bangsa Cina datang dan cakap dia nak tarik kereta saya ke balai. Duit terbang lagi..

Sampai balai, longkai yang angkut kereta perkenalkan diri sebagai Ah Sam dan dia kata dia tolong uruskan dengan bengkel untuk repair kereta saya. Saya setuju sahaja. Malas nak fikir banyak. Untuk makluman, insuran ni ada first party, biasanya untuk kereta baru dan third party untuk kereta lama. Kebetulan saya memang ada simpan dalam kereta benda tu. Kereta saya memang dah lama. Proton Iswara tahun 2000. Tapi saya masih ambil first party tapi nilai dilindungi hanya RM10k.

Masa buat laporan, polis tu tanya kemalangan di mana, tarikh dan masa, dengan kereta apa dsb. Simple saja laporan dia. Kemudian saya berjumpa dengan pegawai penyiasat. Dia ambil rakaman percakapan(statement), buat salinan IC, lesen memandu dan kad perakuan pendaftaran. Kemudian dia suruh tunggu di luar pejabat sekejap. Pemandu yang seorang lagi tu pula masuk. Dalam setengah jam jugalh tunggu. Lepas tu pemandu Proton Inspira tu keluar dari pejabat pegawai penyiasat dengan muka masam. Saya dipanggil semula dan pegawai penyiasat masuk. Pegawai penyiasat kes ni kata pemandu yang seorang lagi tu disaman di bawah Rule 3(2)(b) LNN166/59. Tidak memberi laluan kepada lalulintas yang bergerak lurus sebelum masuk ke laluan tersebut. Saya pun kurang faham tapi yang saya tahu, bukan saya yang kena saman.😁

Urusan dengan polis habis disitu. Ah Sam berjumpa dengan saya dan minta semua dokumen yang sama diminta oleh pegawai penyiasat kes termasuk keputusan penyiasatan kes. Ah Sam kata dia akan uruskan pembaikan kereta saya dan tunggu panggilan daripada dia. Kereta saya ditarik ke bengkel. Saya minta dia tolong hantar ke rumah.

Ok itu situasi yang saya hadapi. Ringkasnya begini:

1. Jika terlibat dengan kemalangan melibatkan kenderaan lain, jangan bergaduh. Nanti tak pasal2 jadi masalah lain. Ambil butir-butir pemandu dan no pendaftaran kenderaan tersebut. Ambil gambar terus lagi senang. Kalau dia tak nak bagi butir-butir lesen memandu dia tak apa. Janji tahu no plat dan jenis kenderaan digunakan.

2. Tunggu polis datang. Ada masanya polis tak datang dan suruh kita alih kenderaan sahaja. Ambil gambar kedudukan kenderaan. Masa ni longkai2 memang datang. Terpulang nak terima atau tidak tapi siapa nak alih kereta? Menghalang lalu-lintas lagi.

3. Buat laporan polis di balai polis berdekatan. Di tempat saya ni ada balai polis trafik sendiri. Boleh buat laporan di mana2 balai polis tapi akhirnya dia suruh ke bahagian trafik juga tu. Bawa IC,  lesen memandu, kad perakuan pendaftaran kenderaan, dan polisi insuran.

3. Selepas buat laporan, kita akan berjumpa dengan pegawai penyiasat. Biasanya dalam kes dua2 pihak terus datang buat laporan, pegawai penyiasat boleh bagi keputusan hari tu juga.

4. Urusan polis dah habis sebaik keputusan kes dikeluarkan. Pandai-pandailah berurusan dengan longkai. Longkai kalau jenis yang baik dia urus A to Z. Boleh urus sendiri tapi payah dan saya kurang tahu caranya.

Nota:
* Buat laporan dalam tempoh 24 jam selepas terlibat kemalangan. Kita boleh disaman lewat buat laporan walaupun kita tidak bersalah dalam kes tersebut. Pegawai penyiasat kes hanya akan terima alasan yang munasabah jika lambat buat laporan seperti cedera dan dirawat di Hospital.

Semoga membantu. Jumpa lagi di perkongsian yang lain.