Saturday, 26 September 2020

Berurusan dengan Koperasi Tanjong Keramat

Salam sejahtera, 

Penulisan kali ini adalah pengalaman saya berurusan dengan Koperasi Tanjong Keramat. Saya telah menjadi ahli koperasi secara automatik selepas membuat pinjaman peribadi dengan CIMB Bank.

Disebabkan ada keperluan, saya overlap pinjaman peribadi CIMB saya dengan BSN pada bulan Febuari 2020. Walau pun pinjaman BSN telah menutup hutang lama dengan CIMB, potongan ke atas gaji oleh CIMB masih berjalan. Aaaa...sudah! Kedua-dua potongan pinjaman BSN dan CIMB berjalan serentak. Merana gaji dibuatnya.

Saya kemudian membuat permohonan bertulis kepada CIMB KL untuk memberhentikan potongan ke atas gaji saya. Saya hantar menggunakan Poslaju. Dua minggu kemudian, saya dihubungi oleh CIMB Bank mengatakan mereka memerlukan pengesahan dari pihak Koperasi Tanjong Keramat berapa denda yang akan dikenakan atas pemberhentian awal. Walau bagaimana pun, mereka tidak dapat memproses permohonan saya disebabkan oleh PKP. Mereka berjanji akan memproses permohonan saya sebaik PKP dilonggarkan. 

Saya pun tunggu dengan sabar sehingga bulan Jun. Disebabkan saya tidak mendapat apa-apa maklum balas, saya menghubungi semula talian perkhidmatan CIMB dan operator bertugas memaklumkan akan memaklumkan bahagian berkenaan dan membuat tindakan segera. Lebih kurang 4 hari kemudian, saya dihubungi oleh CIMB dan memaklumkan denda yang dikenakan oleh Koperasi untuk pemberhentian pemotongan adalah RM15**.00. Potongan ke atas gaji tidak cukup dan perlu ditambah seratus lebih lagi melalui CIMB clicks. Pemberhentian dan penutupan akaun akan dibuat selepas pembayaran dibuat. Pihak CIMB akan memaklumkan sendiri kepada pihak Koperasi Tanjong Keramat untuk memberhentikan pemotongan gaji. Saya agak terkejut tetapi saya bayar sahaja. Saya bernasib baik kerana ada moratorium, potongan pinjaman BSN ditangguhkan. Lebih kurang seminggu kemudian, akaun pinjaman CIMB saya telah ditutup tetapi pada bulan berikutnya, bulan Julai, potongan masih dibuat. Walau bagaimana pun, potongan tersebut direfund semula ke dalam akaun CIMB saya.

Pada bulan Ogos 2020, pemotongan ANGKASA untuk pinjaman tiada lagi tetapi masih ada potongan bukan pinjaman. Saya rasa itu adalah potongan keahlian Koperasi Tanjong Keramat. Saya cuba telefon koperasi tersebut melalui nombor telefon yang saya jumpa di internet tetapi tidak bersambut. Saya kemudian membuat surat rasmi untuk berhenti dari Koperasi melalui alamat berikut memandangkan saya berada di Sarawak. Saya guna Poslaju.

Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad,
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah.

Lebih kurang seminggu kemudian, saya dapat panggilan telefon dari pihak Koperasi Tanjong Keramat seperti alamat di atas memaklumkan telah menerima surat saya. Walau bagaimana pun, dokumen tidak lengkap. Mereka memerlukan salinan kad pengenalan dan salinan buku akaun. Saya ingat nak hantar pos tapi untuk lebih cepat, saya hantar ke Whatsapp staf koperasi tersebut. Saya risau salinan IC saya disalah-guna, saya palang dekat tepi dengan tulisan UNTUK KEGUNAAN KOPERASI TG KERAMAT SAHAJA. Sama juga kepada salinan buku akaun.

Lebih kurang 2 minggu kemudian, saya terima pesanan melalui Whatsapp Koperasi Tg Keramat Kuala Lumpur bahawa pemotongan yuran koperasi akan berterusan sehingga bulan September 2020 dan pemberhentian pemotongan yuran akan dibuat pada gaji bulan Oktober 2020. Refund dari Koperasi akan dikreditkan ke akaun yang saya hantar salinan tu dalam masa tiga bulan selepas pemberhentian pemotongan dibuat. Tidak dinyatakan pula berapa. 

Sekarang saya tengah tunggu pemberhentian pemotongan yuran koperasi RM30.00 dalam slip gaji tu pada bulan Oktober. Saya tidak jangka akan dapat refund apa-apa, kalau ada lebih baik. Janji pemotongan ke atas gaji dihentikan terus. Tiada faedah untuk terus jadi ahli koperasi tu kalau tiada apa-apa kepentingan lagi.

Saya terpanggil untuk tulis berkenaan perkara ini sebab saya sendiri ada membuat carian di internet dan tiada satu yang lengkap untuk dijadikan panduan. Tengok komen-komen dekat sana, ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama. 

Ini contoh surat yang saya buat;

Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad,
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah.

xxxxxxxxxxxxxxx
KP: xxxxxx
xxxxxxxx, Sarawak.                                                                                   24 Ogos 2020

 

Tuan,

Memohon Untuk Berhenti Sebagai Ahli Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad


Saya seperti penama dan pemegang no. kad pengenalan di atas memohon untuk berhenti sebagai ahli Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu, Berhad.

02.       Saya telah menjadi ahli Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sejak tahun 2011 sehingga sekarang apabila saya membuat pinjaman Peribadi Sektor Awam Bai Innah (no. akaun xxxxxxxx) dari CIMB Bank. Memandangkan bayaran pinjaman tersebut telah diselesaikan, saya juga tidak lagi berminat menjadi ahli Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad.

03.       Segala bayaran dari pihak Koperasi boleh dikreditkan ke akaun CIMB Bank berikut sekiranya ada.

            No. Akaun: xxxxxxxxx
            Bank: CIMB Bank

04.       Saya mengharapkan kerjasama penuh dari pihak tuan untuk menamatkan keahlian saya secepat mungkin agar tiada lagi potongan bayaran keahlian Koperasi dibuat ke atas gaji saya. Perhatian dan tindakan dari pihak tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Terima Kasih.

 

Yang Benar,

 

……………………..
(xxxxxxxxxxxxxxxx)
No. KP: xxxxxxxx
No. Telefon: xxxxxxxxxx


Sekian perkongsian kali ini. Semoga membantu anda. 

Sunday, 12 May 2019

Apa perlu dibuat jika terlibat dengan kemalangan jalan raya?

Entry kali ni tentang apa yang perlu dibuat sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Saya terpanggil untuk tulis sebab saya pun dah kena.

Ceritanya begini, pada hari kejadian, saya ikut lorong kiri(jalan tu dua lorong sehala).  Tiba-tiba ada satu kereta proton Inspira dari lorong kanan masuk ke laluan saya dan bamm!! Berpusing ke kiri sekejap kereta saya tu. Dilanggar pada bahagian tepi kanan hadapan dekat enjin. Kalau bahagian pintu pemandu naya juga tu. Teruk juga kerosakan kereta saya. Pemandu Proton Inspira tersebut keluar sahaja terus nak bawa brtekak. Saya pun terikut brtekak sekali. Dahlh masih mamai sebab terkejut. Last2, tunggu polis trafik datang. Dalam 10 minit, datanglh seorang polis trafik brpangkat sarjan. Dia buat siasatan di tempat kejadian dan minta butir-butir IC dan lesen saya dan pemandu seorang lagi tu.  Kemudian dia suruh datang balai polis buat laporan bawa kad perakuan pendaftaran kenderaan dan polisi insuran. Lepas tu seorang longkai bangsa Cina datang dan cakap dia nak tarik kereta saya ke balai. Duit terbang lagi..

Sampai balai, longkai yang angkut kereta perkenalkan diri sebagai Ah Sam dan dia kata dia tolong uruskan dengan bengkel untuk repair kereta saya. Saya setuju sahaja. Malas nak fikir banyak. Untuk makluman, insuran ni ada first party, biasanya untuk kereta baru dan third party untuk kereta lama. Kebetulan saya memang ada simpan dalam kereta benda tu. Kereta saya memang dah lama. Proton Iswara tahun 2000. Tapi saya masih ambil first party tapi nilai dilindungi hanya RM10k.

Masa buat laporan, polis tu tanya kemalangan di mana, tarikh dan masa, dengan kereta apa dsb. Simple saja laporan dia. Kemudian saya berjumpa dengan pegawai penyiasat. Dia ambil rakaman percakapan(statement), buat salinan IC, lesen memandu dan kad perakuan pendaftaran. Kemudian dia suruh tunggu di luar pejabat sekejap. Pemandu yang seorang lagi tu pula masuk. Dalam setengah jam jugalh tunggu. Lepas tu pemandu Proton Inspira tu keluar dari pejabat pegawai penyiasat dengan muka masam. Saya dipanggil semula dan pegawai penyiasat masuk. Pegawai penyiasat kes ni kata pemandu yang seorang lagi tu disaman di bawah Rule 3(2)(b) LNN166/59. Tidak memberi laluan kepada lalulintas yang bergerak lurus sebelum masuk ke laluan tersebut. Saya pun kurang faham tapi yang saya tahu, bukan saya yang kena saman.😁

Urusan dengan polis habis disitu. Ah Sam berjumpa dengan saya dan minta semua dokumen yang sama diminta oleh pegawai penyiasat kes termasuk keputusan penyiasatan kes. Ah Sam kata dia akan uruskan pembaikan kereta saya dan tunggu panggilan daripada dia. Kereta saya ditarik ke bengkel. Saya minta dia tolong hantar ke rumah.

Ok itu situasi yang saya hadapi. Ringkasnya begini:

1. Jika terlibat dengan kemalangan melibatkan kenderaan lain, jangan bergaduh. Nanti tak pasal2 jadi masalah lain. Ambil butir-butir pemandu dan no pendaftaran kenderaan tersebut. Ambil gambar terus lagi senang. Kalau dia tak nak bagi butir-butir lesen memandu dia tak apa. Janji tahu no plat dan jenis kenderaan digunakan.

2. Tunggu polis datang. Ada masanya polis tak datang dan suruh kita alih kenderaan sahaja. Ambil gambar kedudukan kenderaan. Masa ni longkai2 memang datang. Terpulang nak terima atau tidak tapi siapa nak alih kereta? Menghalang lalu-lintas lagi.

3. Buat laporan polis di balai polis berdekatan. Di tempat saya ni ada balai polis trafik sendiri. Boleh buat laporan di mana2 balai polis tapi akhirnya dia suruh ke bahagian trafik juga tu. Bawa IC,  lesen memandu, kad perakuan pendaftaran kenderaan, dan polisi insuran.

3. Selepas buat laporan, kita akan berjumpa dengan pegawai penyiasat. Biasanya dalam kes dua2 pihak terus datang buat laporan, pegawai penyiasat boleh bagi keputusan hari tu juga.

4. Urusan polis dah habis sebaik keputusan kes dikeluarkan. Pandai-pandailah berurusan dengan longkai. Longkai kalau jenis yang baik dia urus A to Z. Boleh urus sendiri tapi payah dan saya kurang tahu caranya.

Nota:
* Buat laporan dalam tempoh 24 jam selepas terlibat kemalangan. Kita boleh disaman lewat buat laporan walaupun kita tidak bersalah dalam kes tersebut. Pegawai penyiasat kes hanya akan terima alasan yang munasabah jika lambat buat laporan seperti cedera dan dirawat di Hospital.

Semoga membantu. Jumpa lagi di perkongsian yang lain.